Wednesday, February 17, 2010

merempit sorang sorang lagi. tak best betoi

Rasa malas sgt2 nk balek utp.
bila yg tukang rempit nya diri sendiri,
lagi lah bertambah tambah liat nya kan.
heshh,,tau tau lah.
duduk dlm kedaan selesa lama sgt kat rumah kan.
suma tersedia.
makan senang,(takpayah turun dari tingkat 4 pon).
tido banyak,(suka hatilah xda lecture kan).
mak ada,ayah ada,adeq2 pon ada.

Rabu-kelas dah mula.
Tapi,hari rabu ada SEketul ja klas .
lagipon masuk lecture,rasa mcm sharing session.
Introduction To Management(ITM) pon nama..mmg la kan.
cadangnya nak extend CNY ni smpai Khamis tghari ja teros.
tapi,mak cakap,jangan.
pegi kelas.subject tu,feveret mak.
hurm...mak ckp penting lah apa lah.
jadi,anak yg baek dgr ckp ibunya... :D

So,Rabu pagi pagi buta 0500 baru tolak.
kelas pukul 8 pagi,
pkol 3.30 pagi mak dah kejutkan.
mak mak,5 minitttt...
mak kejut,pastu mak tertido blk.
huu,430 baru bangun.
siap siap. dah ready sume.
breakfast tomyam pkol 5 pg(terkejut perut aku)

dah angkat brg masuk dlm IKAN
salam cium ayah.
salam cium mak.
adek2 tidoq lagi.hampeh toi,bangun la babai kat kak hampa ni.
Ayah sambung tidoq blk.penat tu keja seharian.
mak ikot sampai gate depan.
huu.. salam mak,peluk mak lagi.
awat la sayu sangat ni..huu..
boleh tak nak cuti lagiiii.... :'(
haishh.. kenapa mesti ITM pukul 8?
4 jam ja tidoq semalam.
camna nak merempit IKAN ni..

naseb baek lah,dalam pendD dah download byk mp3 minus one. hehe
bosan nya lahai sorang sorang.cross country ni.
Penang-Perak kottt...haha mcm jaoh sgt.

Perjalanan pagi tu ,
byk sgt jumpak Benda Benda bersepah tgh jalan.
lebih 5 binatang mati.
macam-macam rupa ada.
ada yg xdak rupa pon ada.daging2 merata rata atas jalan. eeee.

Tak sangka pulak,
aku akan jumpak dgn ORANG YG BARU MATI jugak pagi tu..
huk huk huk.
dari jaoh nampak lampu biru biru macam polis.
pastu,keta depan depan ni,suma dah mula brek mengejut.
IKANku sayang pon tersedak jugak la tadi.
rupanya,biru biru tu mai dari peronda PLUS.

Dekat emergency lane,ada 2 bijik keta.
salah satu tu, keta Satria Maroon.
Tadi,Satria tu baru sgt take over aku.
pastu jumpak lagi sekali pulak.
ada Lori sebijik,yg tayar dia dah tertanggal bunga.
IKANku aku pandu ikut lorong kiri,
lorong kanan masa tu,ada satu body org.
tak pasti ada nyawa lagi ka tak.
nampak 'dia' mcm patung ja keras kat tgh tgh tu
dah la x cover dgn apa2 pon.
meremang bulu roma tgk kedaan dia.
sekilas pandang ja sempat tgk.
tak berani lama lama.huuuk.. seriyat darah den.
teros kn pejalanan,
merempit IKANku dgn lebih berhati hati.

Bonda calling calling,roger2 dah sampai UTP.
Maap,tadi mak pesan jgn bawak IKAN laju2 kan,
kak boring,kak tak dengaq cakap mak tadi.. hehe
Alhamdulillah,pukul 0750 dah smpai sini.
kluar rumah 5pagibuta,semata mata utk ITM 8pagi.
memang Amazinglah jugak .

TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI. :D

2 comments:

Nurul Ashikin said...

hang buat karangan ka?? =P

sakinahshakur said...

hehe. tu la pasai,
aku pon rasa mcm karangan dah ni.
so cekgu , brapa markah saya??? heheh