Friday, March 25, 2011

Love has its conditions.


Ibrahim Ibn Adham (may Allah SWT have mercy on him) was a third century scholar, a teacher and a companion of Sufyaan ath-Thawree. He once passed through the market of Basrah in Iraq which at the time was a great centre for Islamic knowledge and learning. The city was famous for scholarship, for great saints and people of Allah SWT. It was a place of immense abundance from Allah SWT.

He passed through the market of Basrah. People gathered around him and asked:

O Abû Ishâq, (father of ishaq) we have a question for you:

Allah SWT says in the Quran, “Call on me, I will answer your prayers”. But we have been calling on Him for a long time and He does not answer our prayers.

This was a sign of the peoples ignorance, as you’re not allowed to say such things. The Prophet SAW prohibited this. Allah SWT does things in His Own way. There is Doas He will defer because He loves people to ask of Him.

Ibrahim Ibn Adham replied to the people :

“Its because your hearts are dead.” In order to call on Allah SWT you have to be alive. The dead don’t call. He went on and said your hearts are dead because of ten things:

1.) “You know Allah SWT, yet you do not obey Him”

2.) “You recite the Quran, yet do not act according to it”

3.) “You know Shaitaan (Devil), yet you have agreed with him”

4.) “You proclaim that you love the Messenger of Allah SAW, yet you abandon his Sunnah”

5.) “You proclaim your love for Paradise(Syurga), yet you do not act to gain it”

6.) “You proclaim your fear for the Fire, yet you do not prevent yourselves from sins”

7.) “You say “Indeed death is true”, yet you have not prepared for it”

8.)”You engage yourselves with finding faults with others, yet you do not look at your faults”

9.) “You eat of that which Allah SWT has provided for you, yet you do not thank Him”

10.) “You bury your dead, yet you do not take a lesson from it.”

http://islamicthinking.tumblr.com/post/4054569264/love-has-conditions

Thursday, March 24, 2011

Mungkinkah jernih di muara.

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:

"Pergilah kepada hamba-Ku,
lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya;
karena aku mahu mendengar suaranya.

(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)



Friday, March 18, 2011

Sod-Ba-Ro

Dengan sabar, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sabar, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sabar, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sabar, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sabar, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sabar,hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

sumber air : klik kalu kome nak baca penuh